www.masjidassobirin.com  
Masjid As-Sobirin
Jalan AU5C/5, Lembah Keramat, Ulu Kelang 54200 Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-41074859
Assalamualaikum Ustaz,

Adakah hukumnya azan dan iqamat pada bayi yg baru lahir?
adakah dua2nya bayi lelaki atau perempuan perlu diazan dan qamat atau bayi
perempuan hanya pelru diiqaamat sahaja?

Jawapan Ustaz:

Assalamualaikum Warahmatullah.

Adalah disunatkan azan pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri bagi bayi yang baru dilahirkan
(BAYI LELAKI DAN PEREMPUAN) secara sederhana laungannya. Digalakkan mengadap ke arah kiblat
semasa azan dan iqamah itu serta melafazkan dengan cara yang sempurna.

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melakukan azan pada telinga
Hussin setelah dilahirkan. (Riwayat at-Tarmizi).

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga
kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan
(sejenis jin yang membawa penyakit). (Riwayat al-Baihaqi). Antara hikmah daripada azan dan iqamah ini
adalah supaya perkara pertama yang didengari oleh bayi tersebut ialah kebesaran Allah Taala serta
kalimah tauhid dan syahadah dll.

Suka di sini saya tegaskan sekali lagi bahawa beramal dengan hadis dhoif pada perkara-perkara yang
bukan melibatkan akidah dan halal haram dll adalah dibolehkan. Ini terbukti dengan perbuatan dan
pengamalan ulama-ulama kita terhadap hadis-hadis dhoif. Imam Hambali pernah mengatakan: Aku lebih
suka mengikut hadis dhoif dari mengikut qias ulama. Berkenaan dengan penolakkan terhadap amalan-
amalan pada fadilat-fadilat hadis dhoif ini - di sana wujud satu kumpulan yang cuba mengharamkan
penggunaan hadis dhoif secara terus. Ini bersalahan sama sekali dengan pegangan ulama-ulama kita yang
membolehkan beramal dengan hadis dhoif terhadap fadilat-fadilat amalannya. Namun walaupun ada
sesetengah ulama-ulama yang tidak menggunakan hadis dhoif dalam pengamalan mereka tetapi mereka
tidak membantah dan tidak berkata bidah bagi sesiapa yang beramal dengan hadis dhoif dan mereka
meraikannya. Secara peribadi saya cenderung untuk mengatakan bahawa beramal dengan hadis dhoif
pada perkara-perkara yang dibenarkan amatlah bersesuaian. Kerana kemungkinan hadis dhoif hanya
dhoif pada sanadnya sahaja akan tetapi tidak dhoif pada matannya. Semoga penerangan  ringkas ini dapat
difahami oleh saudara yang bertanya. Dan perbuatan saudar sekeluarga yang azan dan iqamah anak
saudara adalah digalakkan. Lagipun ia adalah amalan-amalan yang baik. Semoga anak-anak saudara
menjadi orang-orang yang soleh dan solehah pada satu masa nanti. InsyaAllah.

Wallahua’lam.
Pautan Luar

Selamat melayari laman web Masjid As Sobirin  
Soal Jawab Agama